COMMPRESS ONLINE
COMMITTED, CONCISE, CONVINCE
Mahasiswa tahun tiga mendominasi pertandingan tenpin boling berpasukan
OLEH NURAZILAH BTE RAZALI
NILAI - Buat kesekian kalinya, Biro Sukan Nadi Thaqafah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan perlawanan Mahabbah Bowling Perdana (MBP) 2014 yang berlangsung di Kompleks Sukan Airport, Nilai pada 19 April lalu.
Dengan berbekalkan pengalaman dan kesungguhan dalam menghadapi perlawanan kategori berpasukan ini, pasukan tahun tiga FPBU telah membuktikan bahawa kejayaan milik mereka. Dengan jatuhan pin sebanyak 932, pasukan tersebut dinobatkan sebagai juara pertandingan. Manakala, tempat kedua dan ketiga berjaya digondol oleh pasukan dari tahun satu FPBU.


Masing-masing mengumpul mata dengn jatuhan pin sebanyak 875 dan 740.Seterusnya, Mohd Hanif Shafie, 22, tahun tiga FPBU mengungguli acara tersebut dengan tampil sebagai pemain terbaik yang berjaya memungut mata terbanyak, 281 dalam kategori berpasukan.“ Kejayaan ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan,” kata beliau.Menurut Muhammad Mursyid Yusuff, 23, Pengarah Program MBP, beliau berkata, “Objektif utama perlawanan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama warga FPBU”.
Di samping itu, jumlah pasukan yang bertanding adalah dua pasukan dari tahun satu, satu pasukan dari tahun dua, dua pasukan dari tahun tiga, satu pasukan dari staf FPBU dan satu pasukan dari kalangan pensyarah FPBU.Dr. Azizi Ismail, Dekan FPBU turut mengambil bahagian dalam perlawanan ini sekaligus merasmikan Majlis Perasmian Penutup petang semalam.
