COMMPRESS ONLINE
COMMITTED, CONCISE, CONVINCE
Futsal USIM tunjuk peningkatan
OLEH MOHAMMAD SAFIUDDIN ADAM
NILAI - Pasukan futsal Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencapai sasaran apabila mereka memperolehi tempat keempat dalam Kejohanan Futsal IPT 2014 zon selatan yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Sasaran mereka untuk layak ke peringkat separuh akhir, akhirnya membuahkan hasil setelah menewaskan pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam saingan suku akhir.Pasukan yang dibimbing jurulatih Ezdee dan jurulatih Hamdi kembali menyinar setelah pasukan mereka menempa nama dalam kelompok empat terbaik dalam kalangan 16 pasukan yang bertanding.
Pasukan futsal ini yang pernah mencatat rekod memperolehi tempat keempat pada siri sirkut tahun lalu di Sabah kembali menyinar dengan mencatat rekod baru untuk USIM bagi tahun 2014.Kejayaan yang diperolehi mereka dipuji jurulatih kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam menghadapi cabaran sirkut zon selatan yang digelar ‘zon maut’.
Dalam temubual bersama jurulatih pasukan USIM, beliau menyifatkan kejayaan mereka memperoleh tempat keempat dalam kejohanan besar seperti ini merupakan langkah awal pasukan ini untuk mengecapi kejayaan yang lebih baik lagi pada masa hadapan. Pasukan ini bakal menyertai kejohanan Liga Futsal IPT zon Sabah, serta zon tengah yang bertempat di USIM sendiri. Liga Futsal IPT sirkut zon selatan merupakan siri kejohanan yang menampilkan pasukan-pasukan hebat yang turun bertanding seperti pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Kolej Komuniti Selangor dan sebagainya.
Laluan yang sukar dalam setiap kumpulan menyaksikan pasukan futsal USIM diundi bersama pasukan tuan rumah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pasukan Politeknik Selangor dan pasukan Inti College. Kejohanan tersebut berlangsung selama empat hari bermula hari Khamis sehingga hari Ahad.
