top of page

Simpang tiga undang bahaya

 

OLEH MOHAMAD NUR HADI RAZALI

 

NILAI - Simpang tiga yang menghubungkan jalan utama untuk ke masjid nilai menjadi jalan pintas mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk pulang ke kampus setiap kali selesai solat Jumaat. Para pemandu motosikal dilihat begitu memandang enteng akan keselamatan diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain apabila berani untuk melawan arus lalu lintas.

 

Jalan utama yang telah sedia ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemandu motosikal. Alasan mereka amat mudah. Mereka tidak mahu melalui “round-about” di tengah panas terik mentari untuk pulang ke kampus.

Simpang empat yang menghubungkan masjid nilai dengan jalan utama masih belum disiapkan juga merupakan satu faktor pemandu motosikal sanggup membahayakan diri mereka. Kegagalan pihak bertanggungjawab untuk menyempurnakan jalan tersebut amatlah dikesali kerana mereka sepatutnya mengkaji kesan dan akibat yang akan terjadi.

 

“Siapa sanggup melalui round-about ditengah-tengah panas untuk pulang ke kediaman? Kalau dengan kereta tidak mengapa sebab ada aircond, ni dengan motor.” Ujar Kassim (bukan nama sebenar).

Tambahnya lagi, “jika simpang empat dari Masjid Nilai menuju ke Manipal International College (MIC) disiapkan, perkara sebgini sudah pasti tidak terjadi”.

Beliau berharap agar jalan alternatif lain dapat disediakan untuk pemandu motorsikal khususnya pada hari Jumaat bagi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa

© 2023 by Tomorrow. Proudly created with Wix.com     >>>     Call us: 123-456-7890      >>>     Follow us:

  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic
bottom of page