COMMPRESS ONLINE
COMMITTED, CONCISE, CONVINCE
Penghuni KKDJ hadapi latihan kebakaran
OLEH NURUL AFIQAH BTE SALEHUDDIN
NILAI - Satu Latihan Kebakaran atau “Fire Drill” telah berlangsung di Kolej Kediaman Desa Jati pada pukul 9.30 pagi melibatkan semua warga Desa Jati.
Latihan Kebakaran kelolaan Biro Kebajikan Jawatankuasa Kebajikan Asrama Siswa/I (JAKSA) Kolej Kediaman Desa Jati ini adalah yang pertama kali diadakan di Kolej Kediaman Desa Jati.
Menurut Pengarah Program, saudari Siti Hawa bt M.Yahya, 21, tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga jati tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran. Selain itu, warga jati dapat sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan kebakaran.
Pasukan bomba yang tiba dianggotai oleh 8 orang termasuk pemandu. Dalam latihan tersebut, warga jati telah mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di perkarangan parking kereta. Pergerakan mereka ke perkarangan turut diiringi oleh felo dan pengetua yang bertanggungjawab memastikan segala prosedur dipatuhi dan tiada pelajar jati yang terperangkap dalam rumah masing-masing.


Acara dimulakan dengan taklimat mengenai keselamatan dan tatacara menangani kebakaran yang disampaikan oleh Encik Lias selaku pegawai bomba dari Balai Bomba dan penyelamat Nilai, Negeri Sembilan. Kemudian, demonstrasi memadam kebakaran serta memperkenalkan pelbagai peralatan di sebuah kenderaan bomba. Warga jati turut berpeluang menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran.
Menurut Pegawai Bomba Kanan 2, Encik Lias, beliau berpuas hati dengan sambutan yang menggalakkan daripada warga jati terutama mahasiswa USIM. Beliau turut memuji usaha JAKSA Kolej Kediaman Desa Jati menganjurkan program latihan kebakaran ini dan berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan.
