top of page

‘Nilai Square’ sunyi tanpa pengunjung

 

 

Oleh NURSYAFIQAH ABDUL SAMAT

 

NILAI – Nilai Square merupakan satu kawasan perindustrian yang terdapat di Nilai. Terdapat pelbagai jenis barangan keperluan yang dijual di situ, antaranya ialah pakaian,karpet, alat permainan dan sebagainya. Namun begitu, kawasan tersebut didapati kurang mendapat sambutan dari para penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

 

Hal ini kerana, harga barang yang diletakkan sedikit mahal berbanding harga yang terdapat di kedai-kedai yang lain, dan ini menyebabkan kurangnya pengunjung yang ingin membeli-belah di kawasan ini.

 

Selain itu, antara perkara yang menyebabkan pengunjung kurang untuk datang membeli-belah di Nilai Square ini adalah kerana kawasannya yang kurang strategik dan jarang dilalui oleh ramai orang.

 

 

Selain itu, terdapat beberapa deretan kedai yang kosong tidak mempunyai pemilik. Hal ini disebabkan oleh harga untuk menyewa sebuah kedai sangat tinggi.

© 2023 by Tomorrow. Proudly created with Wix.com     >>>     Call us: 123-456-7890      >>>     Follow us:

  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic
bottom of page