COMMPRESS ONLINE
COMMITTED, CONCISE, CONVINCE
Jalan berlubang ancam keselamatan pengguna.
OLEH MOHAMAD NURHADI RAZALI
NILAI - Penduduk dari Taman Desa Kasia menggesa pihak berwajib menampal segera jalan berlubang di jalan Persiaran Ilmu Bbn, demi menjamin keselamatan pengguna lalu-lintas yang menggunakan laluan itu pada setiap hari.
Masalah itu telah berlarutan sejak tiga bulan lalu dan lubang jalan dilihat semakin dalam dan membesar dari hari ke hari, sekali gus boleh membahayakan keselamatan pengguna di waktu malam terutamanya penunggang motosikal.Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Siti Junainah Salleh, 36, berkata laluan itu agak sibuk terutamanya di waktu puncak apabila ibu bapa menghantar dan mengambil anak masing-masing pulang dari beberapa buah sekolah di sekitar Nilai dan Salak Tinggi,Selangor.
Apabila hujan lebat, air bertakung dalam lubang jalan dan jika masalah ini tidak ditangani segera, kemalangan mungkin tidak dapat dielakkan lagi, katanya lagi.“Jalan berlubang adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya kerana pemandu ingin mengelak jalan itu tetapi bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan.“


Tambah membahayakan jika kemalangan itu berlaku di kawasan selekoh dan waktu hujan lebat di mana jarak penglihatan pemandu adalah agak terhad,” tambahnya lagi.Beliau yang menetap di kawasan berkenaan sejak 10 tahun lalu turut berharap agar pihak bertanggungjawab seperti Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) membaiki segera jalan yang berlubang itu demi keselamatan pengguna.
“Bukan setakat di laluan ini sahaja, saya juga berharap semua masalah jalan berlubang di sekitar bandar Nilai ini diberi perhatian serius oleh kedua-dua pihak bertanggungjawab ini kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya,” tambahnya.
