top of page

Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.

 

OLEH NUR SYAFIQAH BTE ABD SAMAT

 

Negara Malaysia sedang melalui perkembangan teknologi yang begitu pesat. Untuk memastikan Malaysia terus maju dan membangun, negara memerlukan warga negara yang bukan sahaja rajin, berdisiplin dan bermoral tinggi, memiliki teknologi, berkeyakinan diri, berdikari, produktif dan mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya.

 

Warganegara yang sedemikian rupa hanya dapat dibentuk melalui proses pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat menyebabkan institusi pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan komputer di semua pusat pengajian bermula di peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Perkembangan pada abad ini yang mengalami ledakan pengetahuan dan teknologi maklumat mendedahkan kebanyakan pelajar kepada pelbagai media canggih seperti radio, video, televisyen dan komputer, di mana sebahagiannya sudah menjadi peralatan biasa di rumah.

 

 

Situasi ini sudah tentu membentuk satu pengharapan yang tinggi dalam diri setiap pelajar berhubung dengan penggunaan media berkenaan semasa mengikuti pengajaran guru di sekolah.Terdapat pelbagai media pengajaran yang boleh digunakan pada masa kini. Antaranya ialah alat tayangan, audio-video, penggunaan teks, menggunakan media elektronik yang lebih moden seperti, filem, video dan komputer.

 

Perkembangan teknologi ini telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran daripada tradisi kepada kaedah yang lebih canggih dan moden.Media yang paling popular dewasa ini ialah penggunaan komputer atas talian (internet). Beberapa faktor menyumbang kepada kepopularan ini termasuk penyediaannya secara percuma untuk semua lapisan pengguna dan juga terdapat ciri-ciri internet yang boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Telah terbukti bahawa usaha kearah pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran sedang giat dilakukan oleh semua pihak diseluruh dunia.

 

 

 

 

Selain itu, internet juga telah digunakan sebagai sumber untuk penyediaan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga telah digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara guru dengan guru lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain.

© 2023 by Tomorrow. Proudly created with Wix.com     >>>     Call us: 123-456-7890      >>>     Follow us:

  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic
bottom of page