top of page

‘Trend’ Monopod

 

OLEH NUR RITA BTE MOHAMED ASERI

 

Penyakit baru kini sudah menular di Malaysia yang mana rata-rata orang ramai mengambil gambar sendiri yang dikenali sebagai selfie tidak kira masa dan tempat. Gaya masa kini selfie dengan wajah sendiri, rakan-rakan mahupun keluarga tercinta tidak terhalang kerana teknologi seperti monopod yang kian mendapat perhatian orang ramai dapat membantu anda untuk merakam saat-saat indah bersama orang tersayang. Anda tidak perlukan pertolongan orang lain lagi untuk mengambil gambar sewaktu bercuti ataupun bersiar-siar di tempat-tempat yang menarik di Malaysia dan juga di luar negara.

 

Monopod merupakan satu alat teknologi berkaki satu yang juga dikenali sebagai unipod yang berfungsi menyangga telefon pintar, kamera dan juga peralatan yang seangkatan dengannya. Monopod ini membolehkan penggunanya mengambil gambar dengan hanya disetkan masa kamera dan tanpa sebarang gegaran, kualiti gambar akan nampak lebih menarik. Malah, para pengguna boleh merakam video menggunakan telefon pintar dengan mudah. Monopod sesuai digunakan untuk semua jenis telefon pintar. Antaranya ialah SAMSUNG, Sony, HTC, Lenovo, Nokia, LG, Motorola dan sebagainya.

 

 

Tambahan itu pula, panjang batang monopod ialah sekitar 109 cm dan boleh dilaraskan mengikut citarasa pengguna. Pengguna boleh mengambil gambar dari jarak jauh ataupun dekat. Saiz pemegang monopod ialah 5.5-8.5 cm yang mana amat bersesuaian dengan kita bahkan segelintir kanak-kanak juga menggunakan monopod ini. Anggaran harga sebatang monopod ialah sekitar RM40 dan ia mampu dimiliki kerana harga tersebut berpatutan. Bagi mereka yang kerap mengambil gambar selfie, harga tidak mendatangkan masalah kerana ianya adalah untuk kepuasan dan kesenangan mereka bergambar.

 

Kini, bukan sahaja golongan orang awam yang menggunakan monopod sebagai alat bantu ‘selfie’ bahkan golongan artis juga turut menggunakannya. Ruangan laman social seperti Facebook, Line dan khususnya di Instagram, para artis merakam saat-saat indah mereka bercuti ataupun majlis-majlis keramaian di Malaysia mahupun di luar negara dengan menggunakan monopod.Para pelajar IPTA ataupun IPTS juga turut menjadikan monopod sebagai alat bantu selfie.

 

 

Menurut Nur Asmah Wan Idris, 22, pelajar jurusan perakaunan, Universiti Sains Islam Malaysia, monopod adalah salat satu alat bantu selfie yang mudah digunakan dan dijual dengan harga yang berpatutan. “Monopod memudahkan saya untuk mengambil gambar selfie. Bahkan, kita boleh mengambil gambar secara beramai-ramai terutamanya gambar keluarga. Harga yang ditawarkan berpatutan, namun kita perlu berwaspada kerana ada sesetengah penjual mengaut untung yang banyak.”

 

 

Beliau juga turut berkongsi pengalaman sewaktu di Beijing yang mana penduduk di sana agak teruja apabila melihat beliau dan rakan-rakan selfie menggunakan monopod. Bahkan ada yang bertanya mengenai monopd tersebut. Penduduk-penduduk di Beijing juga mengambil peluang bergambar bersama mereka dengan menggunakan monopod.

 

Orang awam yang ingin memiliki monopod boleh mendapatkannya dengan cara yang begitu mudah menerusi jualan online. Kalau anda lihat di Facebook ataupun di Instagram, promosi-promosi berkenaan monopod semakin meningkat dan mendapat perhatian orang ramai. Terdapat ramai peniaga yang mula menjadikan monopod sebagai produk perniagaan mereka. Anda hanya perlu menempah dan monopod akan terus dikirim ke destinasi keberadaan anda.

 

Khusus buat mereka yang kerap mengambil gambar, alat bantu monopod ini dapat membantu anda merealisasikan keinginan bergambar walau di mana saja anda berada. Tidak salah sekiranya kita memanfaatkan alat teknologi seperti ini untuk kepuasan bersama. Namun kita perlu berwaspada agar tidak terjebak dalam masalah penyalahgunaan monopod ini untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

© 2023 by Tomorrow. Proudly created with Wix.com     >>>     Call us: 123-456-7890      >>>     Follow us:

  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic
bottom of page