COMMPRESS ONLINE
COMMITTED, CONCISE, CONVINCE
Pelajar SMKASAS dilatih budayakan Bahasa Arab
OLEH NOR ADILAH BT ABD RAHIM
NILAI 24 April- Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Azlan Shah, Perak dilatih dan dididik membudayakan Bahasa Arab ketika lawatan ke Universiti Sains Islam hari ini.
Kumpulan yang terdiri daripada 36 orang pelajar Kelab Bahasa Arab sekolah tersebut turut didedahkan kepada persekitaran USIM selepas disajikan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan fasilitator yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama.


LDK menarik pada hari tersebut telah menambahkan lagi minat mereka dalam mendalami ilmu Bahasa Arab di samping memantapkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris mereka.“Aktiviti yang dijalankan hari ini buat pelajar saya dari SMKSAS sangat bagus dan saya lihat ianya telah menambahkan lagi minat mereka terhadap Bahasa Arab,” ujar guru pengiring mereka, Ustaz Yazid Yaakob ketika berucap dalam majlis penutup.Pengenalan lebih terperinci mengenai USIM umumnya dan FPBU khususnya turut disampaikan oleh Timbalan Dekan FPBU, Dr. Najib Jaafar.
