top of page

37 Pelajar FPBU tawan Gunung Datuk timba pengalaman

 

OLEH NOR ADILAH ABD RAHIM

 

REMBAU, 26 April- Seramai 37 pelajar daripada Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah berjaya menawan Gunung Datuk, Rembau dengan ketinggian 800 meter, semalam.

 

Dengan bantuan daripada empat orang guider dan dari MNA Outdoor, mereka berjaya sampai ke puncak gunung tersebut dengan hanya mengambil masa 2 jam 45 minit.

 

Pengalaman mendaki ini turut menjadi antara yang tidak dapat dilupakan buat pendaki kali pertama. Suatu kepuasan yang tidak terhingga apabila mereka semua tiba di puncak pada jam 1.30 petang dan dapat menyaksikan pemandangan sekitar Rembau yang amat menarik puncak gunung.

 

Pendakian yang mendapat sambutan daripada pelajar FPBU ini juga merupakan julung-julung kali dianjurkan oleh sekretariat pelajar FPBU (Nadi Thaqafah), kelolaan Exco Ekonomi, Khairul Amin Zairazi.“Alhamdulillah, pendakian yang kita jalankan di Gunung Datuk berjalan dengan baik dan semuanya berjalan lancar,” ujar Khairul Amin.

 

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti rekreasi ini juga berobjektif untuk melahirkan mahasiswa yang sihat fizikal dan mental di samping menghidupkan suasana berbahasa Arab di luar kampus.“Peserta yang mengikuti pendakian ini juga turut kita sediakan aktiviti untuk menambahkan kosa kata Bahasa Arab mereka,” tambah Khairul Amin.Penganjuran kali pertama oleh Biro Ekonomi sekretariat pelajar FPBU (Nadi Thaqafah) ini turut menyaksikan penyelaras sekretariat tersebut, Puan Kartina Kamaruzzaman mengiringi peserta-peserta sebelum mereka memulakan pendakian.

© 2023 by Tomorrow. Proudly created with Wix.com     >>>     Call us: 123-456-7890      >>>     Follow us:

  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic
bottom of page