COMMPRESS ONLINE
COMMITTED, CONCISE, CONVINCE
Malam Puisi Ummah julung kali diadakan
Oleh: Nurul Afiqah bt Salehuddin
USIM- Buat julung kali, Majlis Perwakilan Pelajar di bawah biro keseniaan dan kebudayaan telah menganjurkan program malam puisi ummah bertempat di DKF 2.1 sempena Malam Kesedaran Ummah semalam.
Seramai 30 orang penonton yang terdiri daripada kalangan mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memeriahkan malam yang penuh dengan deklamasi puisi dan sajak.
Perasmian dimulakan oleh NYDP, saudara Azmil Abu Seman dengan menandatangani kain rentang “Pray For Ummah” sebagai simbolik perasmian.
Majlis dimulakan persembahan tujuh orang peserta yang terdiri daripada empat perempuan dan tiga lelaki dari para pelajar USIM.
Menurut pengarah program, saudari Khairunnisa’ bt Ghazali, berkata, “Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas yang positif daripada para penonton. Justeru itu, saya berharap agar program ini akan diteruskan dengan lebih jayanya pada masa hadapan.


Kami berharap ia dapat menjadi pentas untuk berkongsi rasa & ruang yang dapat menerapkan rasa kemanusiaan pada rakyat Negara ini,” katanya.
Program yang berlangsung pada 24 Mei 2014, bermula jam 8 malam dengan bertemakan “Kaca Mata Dunia”
