COMMPRESS ONLINE
COMMITTED, CONCISE, CONVINCE
Husaini ungguli Tilawah Belia Peringkat Kebangsaan
Oleh Nor ‘Adilah Abd Rahim
PUTRAJAYA, 23 Mei- Johan Festival Tilawah Belia Peringkat Kebangsaan kategori lelaki berjaya menjadi milik wakil daripada Negeri Sembilan, Muhammad Husaini Mahmur.
Beliau yang kini masih menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut berbangga dengan kejayaan yang dikira luar jangkaanya.

“Saya rasa amat gembira dan tidak menyangka akan bergelar juara dalam pertandingan ini sebab ramai pesaing yang hebat-hebat dan kali ini merupakan rezeki saya untung menang,” ujar Husaini.
Pelajar Tahun Tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM ini berjaya mewakili negeri kelahirannnya itu selepas mendapat Johan dalam Kejohanan Tilawah Belia Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung pada 16 Mei yang lalu.
Naib Johan bagi kategori sama disandang oleh peserta dari Sarawak dan tempat ketiga dimiliki peserta dari Pulau Pinang.
Festival anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ini turut mempertandingkan keseluruhan peserta 30 orang merangkumi 15 peserta kategori wanita dan 15 peserta bagi kategori lelaki.
